Sunday, October 11, 2009

blaus yang sungguh menawan.







hehe,ne koleksi baju2 dan tudung2 untuk dijual member aku,td g open house umah die,terpandang baju ne,cantik dipandang dan selesa sangat dipakai dan digayakan ke mana2 sahaja.kain 100%cotton.tudung pun sama gak,baju ne ala2 wanita iran,tapi sesuai jer utk orang malaysia.katanya baju2 ne hanya ada d butik.klu berminat leh contact saya!hehe.

Saturday, October 10, 2009

holiday d Penang





semalam kul 3ptg tiba di kl.bukanlah holiday sangat pun,sebenarnya g konvo adik pempuan kat sana.majlis konvo diadakan d hotel equatorial, bukit jambul.g bersama suami,dalia dan ibu.gerak ke sana petang rabu,tiba di hotel around 10.30pm,check in,rehat jap dan kuar beli makanan.ibu tgu di bilik jer, risau dia, tak biasa ngan keadaan begitu,hehe,lucu ibu.bungkus makanan dan terus makan bila sampai bilik.mata sgt mengantuk, tidolah terus.x dapat jemput adik umah kawan die,tak sure location umah.jd jumpalah esok pagi.
kul7.30am dah siap2 g dewan.ibu jer leh masuk,tiket utk sorang je,tapi pas b/fast kami g jenguk, leh jer nyelinap masuk dewan ikut pintu belakang,tp dalia wat bising, terpaksa lah kuar, duk kat luar pun sama gak,asik nak lari dan jalan kacau orang jual bunga.finally bawa die rehat di bilik jer,senang,dan paling penting selamat, ibu ayah die pun tak penat sangat mengejarnya.
bila konvo selesai kami turun lagi.tangkap gambar gile2 tapi yang frust nya gambar tak semua kualiti,lupa nak ejas,hahah.sori yer dik,tp masih ada gmbar yang cun giler.

pas zohor around 3pm cek out.bawa adik g PNC dan jalan2 kat town jap,beli apa yang patut dan cari kedai makan,susahnya,crowded sgt la kt c2,kl pun tak macam 2.huh.
akhirnya dapat makan jam 6pm,berselera semuanya,makanan pun jd sedap giler2,alhamdulillah.

teruskan perjalanan ke perak,nak g umah adik kat batu kurau,hus die jer yang ado d umah, adik aku sedang pantang bersalin d kg.ok jer.
cadang bawa ibu naik feri,tapi dah tersalah drive,lalu jambatan gak la.tapi ibu kata,die pernah dah nek feri masa g thailand.kuang2.aku sempat menjawab lagi, ini kereta naik feri bu,,heheh,gelak bagai pecah perut,terutama adik aku ne,bab gelak die juara gak,tapi time merajuk, tak tahan aku ngan rentak die, tp wat tak tau jer.
dalia lak, sepanjang kat jambatan asik sebut basah,sebutan nye len sikit macam ujung lidah terkeluar g2, memang mlucukan.die pantang tgk air mesti nak sebut basah,huahua.adoi.
akhirnya sampai kat umah adik jam 8pm.penat sgt,lepak2 jap,mandi dan sembang tak habis2.akhirnya tertido.
esokan pagi, ibu dan adik balik klate,bus kul10.30am kat kamunting,10 pagi ready nak gerak,sedang duk sibuk kunci pintu dan uat pesanan tuan rumah,sedar2 pagar utama umah dah kunci, mangga rapat.hahah,ibu dah risau,rupanya abg yang kunci masa cuci kereta td.prihatin ttg keselamatan, itu sebab kunci.terpaksa cl ipar kat sekolah minta balik jap anto kunci.10minit kedian tiba.mujur masa masih panjang,sempat lg ke stesen bas.bas dah ready.ok se u.bai.
kami pun teruskan perjalanan ke kl.syukur.selamat semuanya.ibu dan adik pun dah selamat tiba kt kg.sekian.

Monday, September 28, 2009

back to work.

selamat kembali ke sekolah.hmm,ader perubahan kat sekolah.dah siap cat bangunan utama.itu jer.
oklah,masih mood raya,tapi semua sudah bersedia utk menjalankan tugas.
ok.

Tuesday, September 15, 2009

shoping raya d jusco



ahad lepas g jusco,nak cari kasut raya dalia dan lala.teringin nak masak itu,ramai gak orang tapi tak lah seteruk kat sogo,masa kat kaunter,kt depan aku ada sorang puan ne,nak tukar seluar anak die,tersalah saiz,lama gak la tgu cashier uruskan masalah die,geram gak aku time tu,tak suka menunggu bende remeh gini,then suami die datang bawa kotak macam kotak kasut,die buka dan tunjukkan isi kotak tu,kedian puan td cakap kt aku jahat kan,serius mukanya,aku tanya ada apa kak.die kata kat dalam kotak td ade kasut lama yang dah pakai,kasut budak,aku tak bpe paham tp aku angguk jer.
pas bayar aku g kotak tu,diletak atas rak pakaian kanak2,btl kat dalam nya ader selipar budak yg dah buruk dan ade bil kat atas kotak.maknanya customer tu lum bayar,tp dah angkat kasut yang baru,yang dah pakai masuk lam kotak,menipu lah 2,
biarkanlah.
kasut dalia cantik.hehe,suke die,balik umah malm tu duk main tu je,pakai sendiri tak tahu,jd pakaikanlah die,lompat2 kt tilam ngan kasut baru die,tido malam td pung pakai kasut,die dah lena baru tanggalkan.kelakar tgk gelagat die,tp kekadang geram juga,suke menyepah barang,sabar je lah.
gambar ne ogos tahun lpas,teringat masa dalia kecik,tak lasak sgt dan tak byk ragam.

Thursday, September 10, 2009

lama tak tulis blog

bz benar akhir2 ne,wekend blik kg,adik lak datang dr perlis isnin lepas,mgu ne upsr,shoping persiapan raya dan paling utama siapkan tempahan baju,huhukkk.
tapi i'm happy,semalam pas sekolah g sogo ngan adik.die nak beli barang.tapi aku pong bli gak.mana tahan tgk jer.
malam nti adik nak balik dah,plan hari ne nak masak special,abang nak balik sebab terpaksa hantar adik ke puduraya malam nti,adik kt uia nilai pun aku jempt datang dan die stuju.rasa nak kuar sekolah dan g pasar sekarang jer.
mgu ne upsr,semua berjalan lancar,tq buat semua guru yg sama2 melancarkannya.hari ne last exam dan sampai petang.kenalah tgu dieorang.

Tuesday, August 18, 2009

program lagi

hari ne sehingga khmis aku akan terlibat dengan bengkel kejurulatihan PPDa kat Hotel Crystal Crown Klang.Peserta adalah dari kalangan guru bk kl.daah kenal lah diorang ne,terpaksalah tinggalkan dalia kat umah mak dia lagi,sian dia,mujur dia senang ngan semua orang.suke jer die tu.
Sabtu lepas g Kuantan,ada mes night suami sempena perpisahan panglima 4 briged mekanise,bt 10,kuantan,diadakan di MS garden hotel kuantan,aku bawa sekali fatihah utk jaga dalia time diner,sewa satu bilik kt situ juga,senang dan dekat dah nak pegi malam kang,puas sediakan baju,mula jahit kebaya,,pastu macam tak kenanya je,jahit lagi kurung pahang,pas subuh terus jahit,830pagi siap,,jahit tangan buat kat hotel,,fuh,segera dan cepat,,930 baru gerak,
malam tu tak yah siap awai sangat sebab dekat jer,kul7 mula siap,745 baru turun,,
saat ne yang aku tak bpe gemar,menunggu utk masuk dewan,,tak kenal ngan isteri2 pegawai di sana,jadi aku berdiri je mcm orang lain,,tgk orang sampai dengan baju yang cantik gler,,kelip2,sumer adalah,,tapi setelah dinilai baju yg aku pakai tidak lah simple sgt,,ada yang lagi simple,heheh,
hmpir jam 9 baru mula,,aku dah ingat2 lupa protokol diorang ne,,tapi nak gelak pun ader,kena minum utk yang dipertuan agung,airnya tak taulah air aper,,rasa cam ubat jer,tp minum gak lah seteguk,,sume dah kelip2 mata pas teguk air tu,yang menarik dan tak pernah aku alami,,makanan dibawa oleh askar2 berbaju melayu putih diorang tulah,,setiap orang bawa mknan utk 2orang,,tangan kiri dan kanan.setelah semua orang dapat makanan dan lagu dimainkan baru mula makan,dah lagu benti mesti bershenti gak,,makan cepat2,,band kat tepi aku jer,,sebab aku dapat seat ujung,
makanan oklah,menu sama jer yang pernah aku g,heran juga diorang ne,tak leh tukar menu ke.
aku teruja juga dengan ucapan panglima,nampak mcm beliau seorang yang penyanyang,,wife die pun ok,senyum je masa salam ngn kiteorang,antara ucapan panglima ialah, kejayaan seorang suami adalah kerana adanya isteri yang taat setia dan bertanggungjawab disisi.memang betul,kegembiraan bermula di rumah,bila di rumah gembira datang keje mesti seronok dan berhasil,die pesan lg suami mesti tidak sia2 kan kepercayaan isteri terutama yang berjauhan,,aku lah tu,,harap abang ingatlah apa panglima sebut tu.
beliau akan pindah ke kl dalam masa terdekat,dan serah menyerah tugas kan diadakan pas raya,yang paling tak best die dah cakap,cuti raya pegawai tak leh lama,sampai 2 hari raya jer,then bersiap utk majlis tersebt,,
nampak tak nampak jap je raya kali ne,mcm nak kelik klantan tak sempat dah,thn ne raya kt johor,
majlis habis kul 11lebih,tgu dato datin kuar dan berbaris salam hampir 12 sampi bilik,,dalia dan fatihah pun dah tido,solat dan tido gak kiteorang.
esok pg plan cek out awai,9pg dah gerak,nak g umah kak long kt palong,gemas dan hantar fatihah.630ptg kami sampi,sukur selamat.

Wednesday, August 12, 2009

hujan siok bah,,,

hujan hari ne,,sedar2 subuh tadi hujan rupanya,sdapnya klu dapat teruskan tido,,suke aku hujan ne,,kebetulan malam tadi park keta kat luar,,hujan gini bersih lah kete merahku,,
sekarang sedang koko prs,,ader jer aktiviti yang aku terpikir,,kira ok lah tue,,
tak dapat nak kongsi gambar2 kat blog,,kamera rosak,,
nak gtau ne,,sabtu ne sekolah ganti,,tapi aku nak aply cuti rehat,,ada jemputan makan beradab suami kat kuantan,,lama dah aku tunggu saat2 ne,,heheh,,jdi kami bawa fatihah untuk jaga dalia kat sana,
tengah duk pikir nak pakai baju mana satu,,dan kena jahit cepat lah.
ok.

Thursday, August 6, 2009

gambar dulu2


dari kiri,jamilah, wan khatijah,salmi dan noorafizan.

gambar jer



Monday, August 3, 2009

Perkampungan UPSR

balik lambatlah setiap hari aku mgu ne,,program utk murid yr6,,,cadangnnya tiap hari aku balik kul3pm,,dtg semula sebelum kul5 dan pulang selepas jam 8pm,,fuh penat gak bunyi nyer 2,,ngan dalia lagi,,yang petang bawa dia kot,,taakkan nak anto kt mak dia,,kena bayar lak lebih masa,,lagi satu kuranglah masa menjahit aku kt umah nti,,tak pelah,,kerja nyer pasal,,hjung mingu pulun ar siapkan baju,,
yang tak bestnya kamera lum ok,,kedai tu mintak 235 nak repair,,dah sebahagian harga kamera,,gler,,tangguh ar lu,,tanya kedai lain lak,,
hari ne tak drive,,sudahnya dah kul3 pun aku tak dapat balik,,abang kt kem lagi,,,mahu kul4 ne kang sampi,,tak bernafas lah tiba umah nanti.
letrik lak satu hal,,takder dari hari sabtu,,panas gler kat bilik,,mana leh tahan.
oklah,,bateri nak hbis gak ne,,sambung lagi.daaa.

Saturday, August 1, 2009

Rekoder Ensembel Kebangsaan 2009

dah selesai pun program ne,berlangsung d Tiara Beach Resort,27-29 Julai,penat juga lah membawa murid ne,,banyak karenah sangat,,tambah2 disiplin diri kurang,,slu jer wat onar kt tempat orang,,yang hairannya pasukan negeri lain tahu bawa diri,,takder bising2,boleh kawal diri di tempat orang.
pasukan sume 16 tetapi sabah tarik diri,hebatlah pasukan lain,,pkaian dan persembahan,tempat pertama pasukan Sarawak, 2nd Labuan dan 3rd Penang,sume dari sekolah cina..no wonder lah,
hari ketiga ada lawatan ke Muzium Tentera Darat,lama gak kat situ,,bergambar dan tgk bahan pameran,,tak menarik sangat pun,,balik resot lunch dan kemas barang,,130pm gerak tapi singgah di teluk kemang,,budak2 nak mandi,,cikgu shoping baju dan cenderahati.kul4pm baru gerak kl,,530pm sampai sekolah,
sudahnya esok hari aku mc,,sakit kepala dan penat,rehat lah kat umah,,wat keje gak,
jumaat setelkan keje yan lum siap,sabtu rehat je,,abg keje hari ne,,esok ptg baru pulang,,nak g jalan2 bawa fatihah,adik aku,,abang kata nak g tangkak lagi,,oklah,,tapi uit dah takder,,tak leh shoping maa.
Dalia masih tido,,leh uat keje jap.

Monday, July 27, 2009

beli kain lagi,,

semalam pas zohor g nilai 3,,sampai2 tak ramai pun orang,,tak meriah pun,,tapi dah alang2 sampai masuk gak 2 kedai kain,,huh tak best langsung,,akhirnya decided g tangkak,nekad,,sampai tangkak jam 6 lebih,,siap2 solat asar dah pilih kain,,beli kat 2 kedai jer,,malas nak g byk2,,cantik2 kain.murah berbanding jakel,,agaknya aku ne tak leh terima kain kat tempat lain..mesti nak kena beli kat tangkak juga,,7.30 hbis beli,,belikan untuk mak dan adik2 ne,,itu yang banyak,,tapi terselit gak lah aku nye baju.dah habis beli g umah ibu..mandi dan solat then makan,kul9 gerak kelik kl,,jem lak sampi la kt tol sg.besi..amik laluan kiri jer wpun salah,klu tak tak sampai,,hampir jam 12 sampai umah,,kemas apa yang patut dan tido,,kul 4 pagi abg gerak g kuantan,,sian die,penat nya keje jauh.

ibu tinggal Dalia




sian kat die,,kena tinggal lagi,aku g PD pg ne sampai Rabu,,
nangis die tadi.tak nak g kt mak,,tapi aku tahu dalia bijak,,jap je die nangis tue,,
macam dia faham ibu nak tinggalkan die 3hari,,jap je dik,,rabu ptg ibu jemput,,
tambah2 ayah die pun takder umah gak,,terpaksa tinggal ngan pengasuh,,mujur mak dia bagus,nti dalia hepi je,,abang2 ramai kat umah mak die.
itulah sebenarnya hubungan istemewa ibu n anak,,wpun die lum tahu cakap tetapi apa yang ibu cakap die leh faham,,dari seminggu yang lalu ibu cakap kt dalia,,nti tinggal kat umah mak elok2,,rabu ibu jemput,,byk kali ibu ulang ayat tu kat dalia.die senyum jer.sedih ne,,td masa tinggalkan die dah sebak kat dalam.ibu sayang dalia.

Tuesday, July 21, 2009

gambar adik2 ku



mesin jahitku

yeye,,sudah sampai mesin jahit baruku ptg semalam.besar dan berat giler,langgar pun tak bergerak,letak kt ruang tamu je dulu,sebab bilik lum kemas lagi,,puas hati menjait,,laju sampaikan terbabas jahitan,,lagipun tempat pijak pedal tu belah kiri,,rasa kekok ler,tapi lama2 mesti ok,,
yang jd lama belek2 tu sebab yang datang hantar tak pandai nak tunjuk cara guna dan pasang benang,,,jd aku belasah jer tgk manual book..lama gile sampikan solat asar pun lambat,,rasa tak senang duduk selagi tak berjaya pasang dan try jahit.
akhirnya dapat lah.sempat siapkan sepasang baju kurung jiran aku tu,,kul 12 gak la berenti,,sampaikan dalia pun aku tak peduli,,hehea,,dia main je sendiri,nek atas kotak mesin tu dan lompat.oklah tu asal keje aku siap.
ptg nanti abang balik sebab esok die kena g mindef ada urusan,,tp tak tahulah sampai kl kul bpe nye,,
hari ne paksa diri puasa gak,,ptg ne nak masak untuk berbuka.lama dah dapur tak berasap.
ok,,hari nak hujan ne.hingga ketemu lagi.

Monday, July 20, 2009

isnin yang ceria

hari pertama di minggu yang baru,aku tak sabar menantikan kedatangan mesin jahit ku yang baru,,alang-alang membeli aku terus beli mesin jahit industri yang mcm kt kilang pakai tu,,leh jahit tanpa limit sampailah kite yang penat..hehe.
2 hari cuti puas juga berehat di rumah sambil2 menjait baju kwn2.
nak balik kg tak jadi,,tgulah cuti bulan 8 nti.
datang sekolah seperti biasa,siapkan kertas kerja program perkampungan UPSR yang bakal diadakan lagi 2minggu,siapkan jadual guru terlibat dan makan peserta.
ini curi2 update blog..heheh..oklah.

Wednesday, July 15, 2009

cantik kan

inlah rupa blog aku.sape lagi yang buatkan klu tidak kak lela,,
tak lah bosan orang yang melawat blog ne,,,tgk benda sama setiap masa.
kat sekkolah ne,,tapi surf tenet tak hbis2,,ini hobi aku sejak di uia,
dapat tenet tak makan tido pun ok.
smlm ptg abang balik,,terubatlah kerinduan jap,dalia pun seronok bila ayah ada kat umah,,gelak jer dia,,
jum ne plan nak kelik kg klate,nak makan mokte kat kebun,,ayah aku dah mula jual,,byk sgat,,pokok berpuluh2,,,kat kl pun dah murah,,smlm kat pasar dah turun harga,,3 kg dapat harga RM 5..oklah.
tapi tak sesegar yang dari pokok kan.
ok..harap plan jd.k daa.

Tuesday, July 14, 2009

kepuasan bershoping

inilah yang dicari.kepuasan diri.setiap orang punya cara mencapai kepuasan diri.
aku semalam dah puas hati sangat dapat shoping kat sogo.pegi ngn adik jey.die nak beli kasut nurse jd aku pun amik peluang survey kasut baru,puas cari jumpe lah yang sedondon ngan handbag.fuh,,sekejap je duit habis,,teringat kat dalia sebab xbawa dia jalan sama jd belikan dia baju baru lagi 2 pasang,satu baju pink tu cantik sangat..sesuai lah ngan dalia yang lasak tu,,berkali2 aku amik dan letak,,memikir nak beli ke tidak tapi akhirnya beli gak.
jln2 lagi terkenan lak ngan gelang2 batu ke ape yang harga tak mahal sangat jd ku beli lah 2,,hehe.kaler hitam dan pink.
dah puas dan lenguh kaki kami balik.kul 6 lebih gak nek lrt,,lapar gile masa 2,,terus beli nasi kt kedai makan bawah rumah dan balik makan..time isya adik jey kuar g hentian duta,bus die jam 10.30pm.oklah seronok dia datang.dalia ada kawan.
hari ini aku puasa.harap dapat puasa sampai jumaat.
ok,wat keje sekolah lak.

Sunday, July 12, 2009

meriahnya rumahku

adik aku 2 orang datang,,yang dari uia nilai dan perlis,,meriah la,,makan2,,hmm terbantut lah misi diet aku ne,
jap lagi kite orang nak g tesco dan hantar adik g lrt.yang perlis balik esok malam.
ok.daa.

Tuesday, July 7, 2009

baju baru yaya


sabtu lepas g jln2 kat jj balakong.sesat juga nak sampai situ,tak tahu nak beli apa sebenarnya.saja nak berjalan bawa dalia.akhirnya beli baju dalia 4 pasang yang murah2.then g makan.itu jer.balik dah 9lebih.urus diri mana patut dan tido.awal pg esok abang nak g kuantan dah.die duty.jd jap je kt kl.

Friday, July 3, 2009

khas utk wanita mengandung


ini adalah produk elken.lady essentials-LD Venus Gold.
sejenis produk kesihatan yang dirumuskan dengan herba cina terpilih. Produk ini melancarkan peredaran darah dan menambahkan tenaga, untuk kesihatan umum dan kaum wanita selepas bersalin.
yang tak mengandung pun leh makan.

baju raya



hmmm dah jumpa baju raya,,,td pas sekolah kuar g kl ngan kak yati,,akhirnya dapat satu pasang baju cantik,,oklah,,harga pun tak mahal sangat.

Tuesday, June 30, 2009

adus sakit kepala

benci betul lah,,dari tgh semalam sakit dan pening kepala ne,,,nak uat keje pung tak semangat,
mgu ne hari sabtu da program,,begitu juga dengan sabtu depan,,huh,penatnya.
lama lagi nak kul2 ne,,nak chow cepat2 dari sekolah....abang kate nak blik klu meting habis awal,,,
hmmm,,payahnya abang duk jauh ne,,sakit pun tak de tempat nak manja2,,waaaaaaaaaaa,
kan best klu mak ke adik dapt tinggal sama,,
mcm ne lah kehidupan,,kadangkala apa yang kita nak tak akan dapat,,jd sukur dengan apa yang dimiliki,,,daaaaaaaaa.

Sunday, June 28, 2009

besday ku

kawan2 wish pun dah ok,,adik2 aku pun tak lupa besday aku,yang paling best dari abang lah,,tapi die bz sangat,,lum dapat g beli something,,bru blik dari pasar mlm,,beli mcm2,,,mcm g tesko gak lanje nyer,ok,makan jap.
citer malam td ne,,tp xleh publish.

Friday, June 26, 2009

happy besday 2706

esok besday saya,,yang ke 28,muda lagi,mudahan panjang umur, byk lagi benda nak buat ne,
adik aku kt uia datang lagi ne,leh bantu jaga dalia.tak larat sorang2 nak melayan nya.
ok,mlm ne nak menjahit.tempahan dah banyak ne.ok

Wednesday, June 24, 2009

menunggu berbuka

ada 30 minit lagi.hari ne dah 3hari puasa.insyaallah.
masak lauk simple jer,adik aku yang nurse ada ne,petang semalam sampai,esok malam nak balik perlis dah,
esok cadangnya pas sekolah nak g shoping bwa adik dan dalia.teringin sangat nak makan pizza.
xsabarnya.oklah.td kat sekolah puas hati sangat dapat buat repot kajian tindakan tu,dah hampir nak siap,tgu kak wan review kot2 ada idea nak ditambah.
hujan ne.lebat,kilat kuat lak tue.

Rumah impian ku.




meka janji bulan 6 dapat kunci.naik cuti sekolah hari tu kite g kt ofis die.ktnye lum lgi.paling lambat ujung tahun ne baru dapat.then g ke tapak pembinaan.kebetulan ada kontraktor di sana.kami pung tanye lah,,die jawab officially akan buka fasa ne bulan 9..lega sikit dengar.harapnya januari 10 dapat duk sana dengan selesa. inilah gambarnya.

Friday, June 19, 2009

sktho johan


wah.tahniah kepada sktho terutamanya cikgu barlian yang melatih dan membimbing pasukan rekorder sekolah. sktho telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ensembel rekoder sekolah rendah wilayah persekutuan kl pada 18 jun 2009 yang bertempat di Taman Budaya kl..
tak sangka tapi itulah realiti dan kekuatan pasukan sktho.antara guru yang mengiringi ke pertandingan tersebut ialah wan khatijah,fadzilah,saraswathy,rosidi dan maridatiridhuan.

Saturday, June 13, 2009

cuti2 malaysia

cuti sekolah dah berbaki 1hariar je lagi,,semalam jam 11pagi gerak dari kg.kami balik ikut kuantan sebab nak singgah pasar payang,,nak cari kain songket.akhirnya jumpa,,dapt 2 pasang untuk baju raya.orang tak ramai..kedai pung byk tutup sebab hari jum agaknya,,

sambung jaln2 cari resot utk berehat dan bermalam,,akhirnya tiba di kemaman.jumpe sanctuary resot.oklah.sesuai dah.dalam kg,bilik mengadap laut dan nampak beberapa buah rumah kg.pas cek out nti sambung perjalanan dan cadang nak singgah kt teluk cempedak..dulu2 penah g masa tu join program mahallah kat uia.tp singgah jap je,
k nak g tepi pantai cari remis kot2 ada.
daa.

Wednesday, June 3, 2009

holiday.yeye.

sekarang aku kt kg.sabtu lepas tiba.tobat dah tak nak drive sendiri balik klate.huhuk..mujur panjang umur.tak nak ingat lah.tapi tiap kali nak lelap mata tido malam,insiden tu pasti datang.ngeri,,,syukur sangat semua selamat.
ok.bab lain pula,,kat kg tiap hari kuar,g kb lah mana lagi..yang terkini aku buat bisnes,baru nak mula.lum ada pelanggan lagi.da masa lain aku paparkan produk yang aku jual.oklah..ader hal lain pulak,nti tulis lagi,,,daaa.

Tuesday, May 26, 2009

majlis hari guru sekolahku.







Majlis sambutan hari guru dah selesai.yang paling best dinner kat hotel nikko,wah,,percuma lak tue.
sumer pakai cantik2 tue,cikgu laki pun tak kurang hebatnya.sporting sume orang,nyanyi2,,makanan pun ok.
nti kite letak gambar kemudian.

gambar masa kursus!!!!!!




dah letak tapi tak kuar lak,,jd aku masukkan semula....

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru

lum terlambat rasanya,,hehe,,tak semoat nak tulis blog,,
sek aku dah celebrate semalam. meriah gak.aku siap uat persembahan lagi,men gitar sama fadzilah,yus dan barlian.fuh,,nyanyi2 lagi.
overall oklah..tak der gambar nak letak,,daa

Saturday, May 16, 2009

Kena g sekolah today,

mmm,,bosannya.ada LDP lak hari ne.sampai petang,,bosan tapi paksa diri supaya enjoy the program.ingat nak lepak jer kat umah.tak dapatlah,,,
cian kat dalia,,kena tinggal lagi,,tapi die suka duk umah mak dia,,ramai yang melayan dia main nanti.ok.daa.

Wednesday, May 13, 2009

cuti hari pekerja




baru dapat update blog,,cuti hari pekerja,, aku dan family g jln kat melaka,,khamis petang gerak,,mlm tue cek in kt A'Famosa Resort, cadang nak tinggal 2 malam tapi dah penuh,,,pas siap2 dan solat kite kuar makan nasi n tomyam,,,balik tido je,,penat,suami pung baru balik dr kuantan,jd rehat sepuasnya,,bangun pagi cari sarapan lak,,tp makan kt dalam jer sebab dapat pakej sarap free, pas makan layan dalia jln2 kat luar restoren dan tangkap gambar,,sunyi jer kat situ,,orang sumer maseh tido dan dah penat kot mlm tadi bersuka ria kt cowboy toewn,,siap da bunga api letup2..wah2.balik bilik sambung tido..hampir kul 1pm cek out,,jln2 cri resot lain lak.akhirnya jupe klebang beach resot,,baru lagi tapi bilik tak banyak.dapt bilik ngadap laut,,oklah 2,,rehat2 jap pas maghrib g umbai tempat ikan bakar,,tapi tak tercapai hasrat pun,,tgu sikit punya lama,,dalia pung dah uat hal,,sume tak kena,,order pung tak sampai2,,akhirnya kite blah,,takpayah makan,,makan esok sajalah,pagi sarap kat resot,,mkan puas2,,then rehat di bilik sementara tgu cek out,,seronok dapat lupakan sal keje..tido sepuasnya,,pas cek out gerak kelik kl,,,,syukur.selamat sampai.

Tuesday, April 28, 2009

seronoknya kursus!!!!!!!!

Photo][Photo]tak sempat nak update mgu lepas.dah seminggu pun kursus berlangsung.mgu lepas dari 21-23 april beberapa guru bk kl yang terpilih sahaja telah mengikuti kursus penulisan modul perkhidmatan bk sek ren kl bertempat d'muara marine resort, sg. besar sel. best.resot kt laut,,2x sehari dapat tengok air laut pasang.sambil2 tu kite orang berpeluang g shoping kat pasar.ikan,ketam, udang dsb murah2 dan fresh.aku beli lah gak satu kotak besar.makan sampai seminggu baru habis.akhirnya modul tue siap juga.tq pada cikgu tien dan cikgu li yeang.sama2 berusaha siapkan modul tersebut.harap selepas ini berpeluang lagi ke sana atau tempat lain yang best...daa.

Sunday, April 5, 2009

rumah biru juara!!!







Tahniah utk diri sendiri.heheh.rumah biru juara keseluruhan dan perbarisan.
ok,,mula2 citer sal perbarisan n kawat.kawat cikgu muslim yang ajar.formasi yang sangat kreatif tu cikgu yusniza yang train budak2 tu.dari sebelum cuti seminggu dah berlatih giler2,,memang berbaloi lah menang.kostum tue idea cikgu yus gak,tapi cikgu rumah biru sediakan bersama2.nak cakap ne,,skirt tue aku ler yang jahit,,cikgu wan,mula2 jahit tak jadi.bile budak pakai ketat gler,tak bergerak masa joget,mcm balut nangka dah.apa lagi amik keputusan drastik jait semula,biar kembang,,maka bertungkus lumus lah aku n yus,gunting kain,kuarkan getah semula yg kt pinggang tu,xnak membazir,,balik umah ptg jumaat terus mula keje,,jait2 mlm tu pas kuar makan,,sempat buat 12 pasang jer,,sebabnya aku makan ubat selesema.mengantuk gler,tak dapat kendalikan mesin jait dengan stabil,amik keputusan tido jer,,kul 4.45 pg aku bangun sambung jait sampailah ke subuh,,sebab risau tak sempat masukkan getah terpaksalah minta tlg abang,,kejut die bangun dan die tolong sampai abis,,abihnya aku tiba lambat kt kompleks sukan,janji kul7 pg dah sampai tp 730pg baru sampai,,,heheh.
cepat2 pakaikan budak2 tu dan solek aper yang patut.akhirnya siap.jam 8pg mula.

rumah sukan yang lain pun xkurang hebatnya.rajin cikgu2 sktho,kreatif,klu diberi tugas ini kepadaku,,angkat bendera,nyerah kalah terus.rumah merah pun best.rumah kuning dan hijau pun ok.yang bezanya tempoh latihan.klu dimulakan awal mesti lagi hebat.tapi kesuntukan masa dan banyak lagi perkara yang mesti dibereskan adalah kekangan yang tak dapat dielakkan.yang penting semua sudah berusaha sebaiknya untuk sekolah yang tercinta.
aku ada gak rakam gambar2 menarik perbarisan setiap rumah dan pancaragam sekolah.tahniah buat cikgu barlian.suka sangat persembahan pancaragam.best!mari kita saksikan gmbar2 tersebut.


aku bertugas sebagai ajk hadiah dan cenderamata.bersama2 ketua kami yang sgt dedikasi,cikgu habibah,cikgu bizal aini,cikgu laili dan munirah.ini lah gambar2nya.panas betul masa sukan berlangsung.tapi lega sgt2 dah habis.tahniah buat semua peserta yang menyumbangkan mata utk rumah masing2.khasnya peserta setiap acara dari rumah biru.daaa.

Sunday, March 29, 2009

lepak di rumah.

hari ne bangun lambat,tak pernah2 sejak ada anak aku bangun lambat,,tp maseh dikira awai,kul10 bangun,heheh,puas hati dapat tido banyak2 mcm ner,,
hari ni lepak jer kt umah ngan dalia,,sebab suami kena keje,,klu tak dapat gak kuar shoping hbiskan uit,,
esok dah keje,,mgu depan kat sekolah sukan jer sampai sabtu,,klu tak pun hari jumaat pnp,,tp mestilah nak buat persiapan terakhir sebelum berlangsungnya kejohanan olahraga tahunan sktho.

Saturday, March 28, 2009

dalia asira


time ne dalia anak ibu baru berusia 4 bulan.mcm nak ulang semula jer masa.sekarang dalia dah setahun satu bulan.dah bleh berjalan dan berlari.penat dah nak uruskan.semua benda dan perkara yang ibu dan ayah die buat die nak juga ikut dan usik.

Friday, March 27, 2009

RIMUP Kebangsaan 2008


RIMUP kebangsaan 2008

ini antara gambar yang aku suka tgk.masa nee aku terlibat sebagai pegawai perhubungan atau shortform nye LO.laisen officer,,ini tahun lepas nyer cerita.
nama penuh program tersebut ialah Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan 2008.tarikhnya pada 19-23 Oktober 2008.Kl tuan rumah,
seronok dapat pengalaman join program peringkat kebangsaan. peserta lebih kurang 800 dari seluruh malaysia.
Pendaftaran kat stadium nasional Bukit Jalil,aku ditugaskan untuk menyambut ketibaan kontingen negeri selangor...mujur dari semenanjung jer,,klu yang jd LO sabah dan sarawak kena tunggu di KLIA.
kemudian LO diberi tugas mengikut no. bas,,maknanya tak jaga negeri lagi dah,,peserta sudah bercampur-campur,,ada sekolah rendah n menengah,,
ok gak jd LO walaupun sentiasa mengejar masa,,setiap kali peserta naik bus untuk mengikuti aktiviti LO mesti ada bersama-sama di dalam bus,,teman driver,,ajk lain yang sepatutnya ada gak lam bus tak nampak2,,mereka ne harapkan LO jer ikut peserta,,kat sini lah mcm nak bergaduh pung ada,,,
memang xcukup rehatlah semasa program ne berlangsung,,jalan pung kena laju mengejar train lrt nak ke tempat penginapan peserta kt Hotel Olimpik di Jln Hang Jebat berhampiran PPD Bangsar Pudu tue,
kat sini aku share beberapa gmbar sepanjang program.
sebelum tue,,yang paling best ialah makan malam perdana bersama menteri pelajaran, dato' hishamuddin kat stadium putra..merasa lah masuk stadium kita yang glamer masa SUKOM 98 dulu tue.
melalui program ini jugalah hubungan antara guru Bk zon pudu bertambah rapat dan mesra.wokeh.
sudah azan maghrib maa.nti sambung yer.

leganya hr ne dah jumaat

betapa aku tunggu sangat kedatangan hari yang mulia ini,,hehe,,penghulu segala hari kan,,
bukanlah sebab tu sangat pung,,aku suka hr ne sbb esok tak keje,,leh lepak kt umah jer.
jait baju n kemas umah,brg2 dr kg itu hari pung leh abis aku kemas,,,,
minggu ne kat sekolah ujian bulanan mac,,jd gak sesi kaunseling tak dapat nak jalan,,klien menunggu ramai,,nampaknya lepas kejohanan olahraga tahunan ler baru dapat jumpa meka,,
4 hari berturut aku jaga thn 4,,kalau dapat dipelbagaikan jadual guru beredar kan best,,tak de lah jumpa murid yang sama 4hari ne,,ntahlah,,mungkin itu cara yang terbaik dan cepat barangkali untuk uat jadual sedemikian.ikut sajalah...
pagi tadi aku lambat g keje,,tudung yang ku pakai hr ne susah betul nak atur,,sampai 3kali buka balik pun maseh nak berkedut di depan,,sudahnya lambat kuar umah tambah jem lak jalan g sekolah,,jawabnya sampai2 dah perhimpunan pagi,,bos lak tue tgh bercakap,,kedatangan pun aku tak tanda,,,hmmm,
minggu ne semangat keje tak datang2,,mcm ala kadar je aku g sekolah,,tak tau lah apa yang tak kena,,payah betul kalau dah berehat panjang,
harap mgu depan ne ok lah,mgu depan sukan jer sampai lah hari kejohanan 4hb april,,,lepas tue dah tak der nak sukan2 lagi,keje lah betul2 masa ne,
aktiviti guru bk zon pudu pung banyak menunggu april n mei ne,,tapi tak tau la aper perkembangan,,karnival kerjaya zon pudu maseh tak ada progress,,tak tau aku nak mula mcm maner,,,serabutnya lah kalau difikirkan.
last-last aku malas nak pikir, aku tido jer ngan dalia,,hari pung mendung ne,,memang sesuai sgtlah klu nak membuta,,hehehhh,,itu perkataan suami aku,,membuta..hahaha,,pelik mula2 aku dengar word tu,,,bunyi mcm pemalas sungguh,,tapi betul pung,,aku ne klu dah datang malas tahap cipan,,ciaplah,,satu keje pung tak jadi nak mula2,,
sampai sini jer dulu,,nti tulis lagi,,,tgah kumpul gmbar2 nk share kat blog,,
ok.dadaaaaa,,,

Friday, March 20, 2009

Dalia Asira




permata hati ibu.

masih bercuti di kampung.

aku dan dalia kt kg ne,,kampungku namanya kg. kutan hulu, mlm ne baru suami datang naik bas,,cian dia kena naik bus mlm2...aper nak buat,,,suami tak dapat cuti.
hari tue balik klate drive sendiri,,adik aku yang bongsu Fatihah teman, die yang pegang dalia lam keta.mujur dalia ok jer jln jauh.penat juga drive sorang dari kl ke klate.
Sebenarnya aku dan dalia tak sehat,,cian kt dalia.Jadi jealah yang jaga dalia. Basuh berak dalia n cuci muntah dia. Eeeee...meme susah...dah aku x cehat. Semalam jea teman aku tidor. xleh tido dengan nyenyak coz nyamuk banyak giler2. Jea dah pasang 2 ubat nyamuk tapi nyamuk kebal. X jugak mampus. Kuat sungguh imuniti badannya.Hehehe..dalia plak asyik sedar n menangis. Dalam kol12 pagi dalia terjaga. Jea pun bangun buat susu. Dalam kol 1pagi, dalia muntah. Nasib baik xkene toto mak. Klu x, penatlah kene basuh. ini jea yg tulis.nak suk kak uat blog gak,,tp die x pandai.

Friday, March 13, 2009

esok cuti..hoore

hari ne hari terakhir sekolah,,suker,,cuti pjg seminggu,,dapat balik kg,,kt sekolah hari ne da sambutan maulidur rasul,,,tapi disebabkan hujan tak dapatlah nak buat perarakan dan berselawat sambil jalan keliling sekolah,,,ceramah pung jd tak best,,sebab ujan yang lebat ditambah lagi speaker yang tak berkualiti jd tak dengar ape isi ceramah terutama yang duk kt belakang dewan,,so,,buatlah hal sendiri,,sembang-2 jer,,aku tak sehat,,batuk teruk ar mlm,,suara pun kuar tak kuar jer hari ne,,tapi disebabkan esok dah mula cuti aku tetap semangat g keje,,,ahad pagi baru balik kg,,lupakan sekejap kerja yang berlambak dan berlonggok di sekolah,,naik cuti pulun ar keje balik,,wokeh,,dah lewat petang,,asar lum buat lagi,,chow dulu.

Tuesday, March 10, 2009

tarikh tak betul maa,,

naper tarikh hari ne 9hb nee,,maner nak edit ne hahh,,kak lela,,,,where are u???????

hari ni xkeje


hooree,,,hari ni sekolah kite cuti peristiwa, sbb sabtu lepas kite ada pibg dan hac,,

wah, meriah betul dwi sambutan kali ini,,ramai ibu bapa yang hadir. siap ada tetamu kehormat lagi,,hebat tuee,,,

mujur gak hari ni cuti,,saya xsehat, ptg semalam baru sampai dari kampung,3 hari 2 mlm di kg suami,,best,lama tak balik sana dan rilek2,,dan yang paling seronok dapat shoping kain pasang banyak2 kt bandar tangkak,,sukeee,,,

nti kite tunjuk kt sini kain yang kite beli tuee,

sebenarnya, saya ni baru berjinak-jinak dengan blog,xpandai pun,,tapi seronok tgk kawan2 ada blog,kak lela yang tolong create ne,,blog die cantik,,pandai die.harap die sedang online,,leh bantu cantikkan blog kite.