semalam kul 3ptg tiba di kl.bukanlah holiday sangat pun,sebenarnya g konvo adik pempuan kat sana.majlis konvo diadakan d hotel equatorial, bukit jambul.g bersama suami,dalia dan ibu.gerak ke sana petang rabu,tiba di hotel around 10.30pm,check in,rehat jap dan kuar beli makanan.ibu tgu di bilik jer, risau dia, tak biasa ngan keadaan begitu,hehe,lucu ibu.bungkus makanan dan terus makan bila sampai bilik.mata sgt mengantuk, tidolah terus.x dapat jemput adik umah kawan die,tak sure location umah.jd jumpalah esok pagi.
kul7.30am dah siap2 g dewan.ibu jer leh masuk,tiket utk sorang je,tapi pas b/fast kami g jenguk, leh jer nyelinap masuk dewan ikut pintu belakang,tp dalia wat bising, terpaksa lah kuar, duk kat luar pun sama gak,asik nak lari dan jalan kacau orang jual bunga.finally bawa die rehat di bilik jer,senang,dan paling penting selamat, ibu ayah die pun tak penat sangat mengejarnya.
bila konvo selesai kami turun lagi.tangkap gambar gile2 tapi yang frust nya gambar tak semua kualiti,lupa nak ejas,hahah.sori yer dik,tp masih ada gmbar yang cun giler.
pas zohor around 3pm cek out.bawa adik g PNC dan jalan2 kat town jap,beli apa yang patut dan cari kedai makan,susahnya,crowded sgt la kt c2,kl pun tak macam 2.huh.
akhirnya dapat makan jam 6pm,berselera semuanya,makanan pun jd sedap giler2,alhamdulillah.
teruskan perjalanan ke perak,nak g umah adik kat batu kurau,hus die jer yang ado d umah, adik aku sedang pantang bersalin d kg.ok jer.
cadang bawa ibu naik feri,tapi dah tersalah drive,lalu jambatan gak la.tapi ibu kata,die pernah dah nek feri masa g thailand.kuang2.aku sempat menjawab lagi, ini kereta naik feri bu,,heheh,gelak bagai pecah perut,terutama adik aku ne,bab gelak die juara gak,tapi time merajuk, tak tahan aku ngan rentak die, tp wat tak tau jer.
dalia lak, sepanjang kat jambatan asik sebut basah,sebutan nye len sikit macam ujung lidah terkeluar g2, memang mlucukan.die pantang tgk air mesti nak sebut basah,huahua.adoi.
akhirnya sampai kat umah adik jam 8pm.penat sgt,lepak2 jap,mandi dan sembang tak habis2.akhirnya tertido.
esokan pagi, ibu dan adik balik klate,bus kul10.30am kat kamunting,10 pagi ready nak gerak,sedang duk sibuk kunci pintu dan uat pesanan tuan rumah,sedar2 pagar utama umah dah kunci, mangga rapat.hahah,ibu dah risau,rupanya abg yang kunci masa cuci kereta td.prihatin ttg keselamatan, itu sebab kunci.terpaksa cl ipar kat sekolah minta balik jap anto kunci.10minit kedian tiba.mujur masa masih panjang,sempat lg ke stesen bas.bas dah ready.ok se u.bai.
kami pun teruskan perjalanan ke kl.syukur.selamat semuanya.ibu dan adik pun dah selamat tiba kt kg.sekian.
1 comments:
jauh berjalan tu...
Post a Comment